Smart ICT & Keusahawanan Minggu Ke Duabelas

17 Julai 2019 | Ak4tiviti Terkini

Kelas Smart ICT & Keusahawanan ini diadakan pada hari Selasa, iaitu 16 July 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Gerakan Kpg. Selampit. Kelas ini di hadiri 4 orang peserta terdiri daripada komuniti Ahli AIM Kpg. Selampit. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu dari 1.00 petang sehingga 5.00 petang.

Kelas ini di mulai dengan penerangan Klik Dengan Bijak & Penerangan Advocacy. Setelah itu, peserta diberi penerangan mengenai asas ICT yang akan di pelajari. Peserta seterusnya mempelajari asas Ms. Excel dengan membuat jadual yang ringskas. Setelah itu, peserta di beri masa untuk menjawab soalan quiz yang telah disediakan oleh staff pusat internet. Setelah selesai, peserta didedahkan dengan kepentingan inovasi dalam perniagaan iaitu tentang penghasilan produk baru atau pembaikan dalam kualitinya. Kelas tamat setelah peserta selesai membuat perbincangan mengenai kualiti produk masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali